Kebaikan Buah Kurma bagi Ibu Hamil

Kebaikan Buah Kurma bagi Ibu Hamil

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W & mempunyai banyak khasiat tersendiri. Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma, bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi memudahkan proses pengecutan rahim.

Sabda Rasulullah S.A.W., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.


Antara kelebihan dan kebaikan mengamalkan memakan buah kurma:

a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita yang sedang datang haid dan mereka yg mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)

b) Tidak mengandungi kolestrol.

c) Kaya dgn protein (1.8 – 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%), Vitamin A dan C, sodium & potassium.

d) Potasium penting untuk sistem saraf yg boleh merangsang daya ingatan, meningkatkan nafsu kelamin & meningkatkan sistem pertahanan badan. Berupaya mencegah dari barah payudara serta rahim.

e) Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.

f) Boleh diberikan kepada bayi bagi mengurangkan kesakitan.

g) Memudahkan proses bersalin dan pengecutan rahim.

Kesimpulannya, amalkanlah pemakanan yang sihat pada semua ibu mengandung. Anda digalakkan untuk memperbanyakkan makan buah kurma yang sangat bagus untuk ibu hamil.

Sumber: Harian Metro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Nak Cepat Hamil!!! All Rights Reserved