Tips Mudah Hamil Dari Segi Pemakanan Harian

Selamat berkunjung ke blog saya hasil dari inspirasi saya sendiri untuk cepat hamil. Ya Allah permudahkanlah saya dan suami untuk cepat mendapat anak. Pasti anda dan pasangan pun tak sabar nak dapat baby yang comel2 dan sihat kan??? miahahahaa..... Ok kali ini saya nak berkongsi bersama anda dan pasangan sedikit tips tentang cara mudah hamil dari segi pemakanan harian. Saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada saya dan juga anda yang masih berusaha untuk mencuba mendapatkan kehamilan. 



Tips mudah hamil pertama: ambil vitamin E dan vitamin C

selepas kajian dibuat oleh pakar-pakar reproduksi,didapati bahawa vitamin E dapat menambahkan kebarangkalian anda untuk hamil.ini kerana vitamin E mempunyai fungsi untuk meningkatkan serta manambahkan pergerakan sperma untuk sampai ke sel telur isteri anda.maka semakin cepat sperma sampai ke sel telur semakin tinggi kebarangkalian anda untuk hamil dan mempercepat proses kehamilan anda.

selain itu vitamin C juga mempunyai peranan yang penting juga dalam mempercepatkan kehamilan anda. vitamin C mempunyai khasiat untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma sehingga 140%.jadi bila kualiti serta kuantiti sperma bertambah kebarangkalian untuk hamil semakin cerah.jadi nasihat saya mulai sekarang banyakkan mengambil sumber makanan yang mempunyai khasiat vitamin E dan C.

Tips mudah hamil kedua: berhenti merokok

Ini sangat penting ditujukan kepada si suami yang menghisap rokok.wanita pon tak terkecuali ye..saya pasti anda pasti sudah sedia maklum bahawa rokok langsung tidak dapat membawa sebarng kebaikan malah mendatangkan pelbagai keburukan serta kemudaratan.tahukah anda bahawa racun dan bahan kimia berbahaya yang ada dalam puntung rokok itu akan masuk kedalam salur darah dan akan merebak ke seluruh sistem badan termasuklah sistem reproduksi.kesannya kualiti sperma akan rosak manakala sel telur akan berkurangan.jadi peluang anda untuk hamil akan tipis.kalau hamil pon anak yang bakal lahir dikhuatiri akan cacat.haaa pasti anda tak nak perkara tu terjadi kan??

Tips mudah hamil ketiga: kurangkan stress

Stress atau tekanan merupakan salah satu penyakit mental.jika tidak diurus dengan baik anda bakal mengalami kemurungan yang kronik.selain itu jika anda mengalami stress yang melampau anda akan kehilangan banyak vitamin,mineral,oksigen dan zat dalam sistem reproduksi.dan ini akan menyebabkan anda kurang subur.

Tips mudah hamil keempat: jangan pakai seluar dalam yang ketat

Bila anda memakai seluar dalam yang ketat ini akan menyebabkan suhu pada testis akan bertambah dan ini akan menjejaskan kesuburan sperma.selain itu kurangkan penggunaan seluar dalam sangat baik.maksud saya bila malam berada dirumah tidak perlulah memakai seluar dalam.

Tips mudah hamil kelima: ambil makanan yang mempunyai anti-oxidant yang tinggi

Ssayuran hijau,tomato,zink,asid folik antara bahan yang kaya dengan anti -oxidant.anti-oxidant sangat baik untuk sistem reproduksi anda selain meningkatkan kesuburan sperma juga sel telur.kajian telah dibuat dan mendapati individu yang kurang anti-oxidant mempunyai kualiti sperma yang rendah.jadi tingkatkan kualiti sperma anda dengan menambah anti-oxidant dalam badan anda.

Sedikit perkongsian tentang tips cepat hamil. Diharap anda dapat mempraktikkan petua-petua diatas supaya anda boleh melihat hasilnya. InsyaAllah.. jangan lupa juga berdoa tau :)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Nak Cepat Hamil!!! All Rights Reserved